Perlantikan sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah Juhar_Mahiruddin

Memeriksa kawalan perbarisan Hari Kebangsaan di Kota Kinabalu, 2013Kenderaan rasmi TYT YDP Negeri Sabah

Pada 22 Disember 2010, beliau telah ditabalkan sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-10 oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mulai 1 Januari 2011. Majlis itu disaksikan oleh beberapa pemimpin kerajaan persekutuan dan negeri.

Berikutan perlantikan beliau sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah yang baru, beliau bersara sebagai Yang DiPertua DUN Sabah 31 Disember ini setelah menjawat jawatan tersebut selama 8 tahun. Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah suatu ketika dulu kini menggantikan Datuk Seri Juhar dalam DUN Sabah..[2][3]